Menjadi Pembekal Kumoten

  Laman Utama / Menjadi Pembekal Kumoten

Menjadi Pembekal Kumoten

Peluang perniagaan online di South Asia adalah sangat bernilai

Kumoten menyediakan platform untuk  membolehkan pembekal produk  memasuki pasaran online yang semakin berkembang di Malaysia dan tidak lama lagi di Asia Tenggara. Ini juga bermakna, Kumoten membuka peluang baru di dalam dunia perniagaan untuk semua pengeluar dan pembekal.

Saiz Pasaran untuk  "online shopping" atau e-dagang dianggarkan sekurang-kurangnya RM5 bilion di Malaysia sahaja. Angka ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. 



Siapakah yang boleh menjadi Pembekal Kumoten?

Kami mencari pengeluar produk pengguna serta pembekal yang mempunyai stok sedia ada di Malaysia dan / atau pasaran yang akan kami edarkan.

Khususnya, kami sedang mencari pembekal yang pantas serta boleh menghantar produk / item dengan cepat kepada pengguna melalui perkhidmatan pos seperti kurier.



Bagaimana untuk menjadi Pembekal Kumoten?

Untuk mendaftar, sila isi borang ini. Pengurusan Pembekal kami akan menghubungi anda dengan secepat mungkin.