Kaedah 1-20-600 untuk Pasaran Online


Jika anda target jumlah jualan yang tinggi untuk 2017 itu adalah berita baik! Kumoten melakukan kaedah yang menakjubkan untuk penjual yang menggunakan pasaran dalam talian di Malaysia.


Bagaimana ia berfungsi? Kami mengambil langkah di bawah.



Langkah 1: Meluangkan masa selama satu jam sehari untuk memilih dan mengimport barangan ke ‘MyStore’.




Layar 10,000++ barangan yang terdapat pada katalog dan mula mencari barangan dengan klik ‘Tambah ke MyStore’. Pastikan anda telah mendaftar di komuten terlebih dahulu. Kami cadangkan untuk memilih satu kategori untuk satu hari. Dengan cara itu anda dapat menambah senarai kategori anda.


Langkah 2: Pilih sekurang-kurangnya 20 produk untuk sync pada tempat pasaran pilihan anda.





Pastikan anda mempunyai 20 produk sehari untuk  disynckan ke dalam tempat pasaran pilihan anda (kami mempunyai 2 pilihan untuk anda DISINI). Kami cuma syorkan 20 barangan sahaja tetapi anda semestinya boleh untuk sync lebih dari itu jika anda mahu dan anda perlu melakukannya setiap hari. 



Pastikan kunci API anda aktif supaya boleh diguna pada masa akan datang. Jika tidak, sila email pasukan bantuan tempat pasaran dalam talian dan mereka akan mengaktifkan kunci API anda. Kebiasaannya ia akan diaktifkan dalam masa dua hari.


Langkah 2.5: Pilih 5 product dari MyStore dan tukar nama yang lebih menarik.


Ini dapat membezakan anda dengan peruncit dalam talian yang lain dan menambah kelebihan produk. Namakan semula sekurang-kurangnya 5 produk anda.


Contoh:-


'MODERN LACE MIDI CHEONGSAM' boleh di tukar nama sebagai 'CNY MIDI DRESS: MODERN CHEONGSAM [LACE MATERIAL]'.


Luangkan masa sebanyak satu jam untuk melakukan ini dan anda telah menambah kelebihan dan berbeza daripada peruncit lain.



Langkah 3: Muat naik 20 produk sepanjang 30 hari untuk mencapai 600 SKU di dalam stor anda.





Sekarang anda telah sync sebanyak 20 produk sehari untuk 30 hari, anda akan mempunyai 600 barang dalam stor anda. Apakah maknanya?

  1. Stor anda aktif
  2. Stor anda mempunyai banyak kategori
  3. Anda mempunya pelbagai produk

Apakah kelebihan yang akan anda dapat dari pelanggan anda? Mereka pasti akan tertarik dan pastinya lebih suka berbelanja dengan orang yang mereka boleh percayai dan mempunyai tawaran istimewa terhadap produk anda. Akhirnya, lalu lintas anda akan meningkat dan pasti akan meningkatkan jualan anda.


Ia adalah agak mudah untuk dilakukan dan mudah untuk diikuti, Kami mahu melihat keputusan yang terbukti keberkesanannya untuk memastikan ia betul-betul berfungsi!


Pertama sekali, tiada 100% jaminan dalam perniagaan atas talian. Pasti akan ada ancaman atau halangan. Kedua, ini adalah cadangan yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan jualan dan akhir sekali, setiap langkah yang kita lakukan pasti mempunyai sebab tertentu. Kami mahu anda mencapai sebanyak mungkin jualan.


Mampukah anda untuk memberi komitmen hanya satu jam sehari untuk memilih barangan untuk disync pada stor atas talian anda? Kenapa tidak? Sebagai isentif, Kumoten juga akan memberi promosi lain jika anda mampu untuk sync hingga 800 product atau lebih daripada 30 hari. Kami akan menyediakan anda kupon PENGHANTARAN SECARA PERCUMA yang sah selama 1 bulan dengan pembelian minimum sebanyak RM35.00 dan ke atas.


Ianya insetif yang hebat bukan? Anda bukan sahaja terdedah kepada stor atas talian anda, malah anda juga boleh memberikan promosi istimewa untuk barangan sync anda dengan penghantaran percuma. Apa yang anda perlu lakukan adalah menghantar id stor dan nama pengguna ejen Kumoten anda kepada ketua pasukan sokongan komuten iaitu Cik Lisa di talian (+06) 19 331 0990 via WhatsApp atau email kami di [email protected]