Kelebihan Dropship Kumoten


Mudah untuk dimulakan dan diuruskan

Menjual produk secara "online" tidaklah begitu mudah! Dengan Kumoten Dropship, anda boleh mula menjual walaupun tidak mempunyai stok. Yang paling penting adalah, anda hanya perlu untuk mengendalikan bahagian pemasaran. Kumoten percaya dengan memberi tumpuan adalah kunci kepada kejayaan dan kami mahu semua dropshipper kami  berjaya dalam menjual secara "online". Biar kumoten mengendalikan  penyimpanan stok produk, pek serta penghantaran, dan anda hanya memberi tumpuan kepada menjual produk dan memasarkan di laman web anda kepada berjuta-juta pembeli "online".

Bukan setakat boleh akses ke produk, anda juga turut boleh mempunyai semua keterangan produk, kualiti gambar yang baik, ciri-ciri dan manfaat. Kami menyediakannya untuk anda.


Akses kepada beribu-ribu produk

Anda tidak perlu bimbang berkenaan dengan apa yang perlu dijual, di mana untuk mendapatkan produk dan kuantiti pesanan minimum daripada pengilang. Kumoten sentiasa mencari lebih banyak produk yang akan ditambah ke dalam senarai kami yang semakin berkembang dari segi kategori dan produk. Semua peniaga Kumoten mempunyai akses penuh kepada produk-produk ini dan boleh memilih mana-mana produk untuk dijual. Anda boleh memilih semua produk jika anda suka!

 Anda boleh memilih secara manual dan salin setiap item yang anda pilih untuk ditambah ke dalam laman web e-dagang / blog / media sosial anda atau anda boleh mengintegrasikan dengan sistem kami melalui API.  Biarkan sistem secara automatik menambah dan mengemas kini produk untuk anda. Apa yang anda lakukan yang terbaik, adalah yang terbaik untuk anda – JUALAN. Lihat Produk-produk Kumoten


 

Tidak perlu menyimpan stok. Tiada pesanan minimum. Membeli dengan harga borong

Ya, anda membacanya dengan betul. Tiada kuantiti pesanan minimum walaupun anda membayar dengan harga pengedar untuk setiap item. Kami akan menghantar barangan tersebut terus ke pelanggan anda walaupun ia adalah hanya satu item. Dan Ya, anda hanya membeli pada harga pengedar. 


Kami bungkus dan hantar untuk anda

Sibuk dengan mesyuarat dan pelanggan "online" anda mahu item yang dibeli dihantar kepadanya dengan segera? Jangan risau. Hanya log masuk dan beritahu kami apa dan dimana untuk dihantar. Kami uruskan pembungkusan dan penghantaran dengan segera. 


Cara yang cepat untuk membuat jualan

Bila anda sedar bahawa sesuatu produk itu produk paling laris dijual, anda mungkin terlalu lambat untuk menjual dan membuat keuntungan. Anda perlu mendapatkan informasi yang paling awal daripada pengeluar dan pemborong untuk setiap produk yang laris dijual pada masa terdekat.

Semua produk yang disenaraikan didalam Kumoten sudah pun berada di pasaran tempatan. ini bermakna produk-produk yang berada di Kumoten boleh dijual dengan segera dan produk tersebut  boleh dihantar kepada pelanggan anda dalam masa 48 jam.

 

Apa yang anda lihat itu yang anda dapat

Mempunyai pengalaman buruk membeli daripada pembekal luar negara? Ini adalah perkara biasa jika anda membeli dari sumber yang tidak diketahui.

Tiada kejutan apabila anda menggunakan perkhidmatan Kumoten. Semua barang-barang dihantar adalah seperti mengikut keterangan produk. 


Jaminan tempatan

Dalam kebanyakan kes, pembekal luar negara akan mempunyai polisi pemulangan produk, tetapi anda perlu menanggung kos penghantaran pulang ke negara asal, yang harganya tidak masuk akal. Dalam Kumoten, jaminan produk dilindungi oleh pengilang dan pembekal tempatan. Jika perkara  yang tidak diingini  berlaku seperti berlaku kecacatan pada produk, kami hanya berdekatan dengan anda. 


Kos dan faedah

Andaikan anda mendapat sumber dari pembekal luar negara, melainkan anda menghantar barang dalam kuantiti yang banyak, kos penghantaran dari negara luar ke anda akan meningkatkan kos jualan. Anda boleh kurangkan kos dengan memilih mel biasa selain dari perkhidmatan kurier. Mel udara biasa daripada China biasanya perlukan sekurang-kurangnya 7 hari untuk proses dan 15-30 hari untuk menghantar.

 Sebagai alternatif, anda boleh menjimatkan kos penghantaran import dengan menggunakan perkhidmatan dropshipping Kumoten. Kami berurusan terus dengan pengeluar dalam kuantiti yang besar dan membantu anda menjimatkan masa dan kos. kami juga memberikan anda harga yang berpatutan.


Penghantaran yang cepat

Kelajuan adalah segala-galanya didalam dunia perniagaan online. Dengan hanya butang klik sahaja, barang-barang akan tiba pada pelanggan anda dengan cepat dalam tempoh 48 jam.