Soalan Lazim

  Laman Utama / Soalan Lazim

Soalan Lazim

Apa Yang Kumoten Boleh Lakukan?

Jika anda menjual dalam talian atau merancang untuk memulakan perniagaan dalam talian, anda memerlukan produk untuk dijual. Tetapi dengan membeli produk-produk tersebut perniagaan anda akan lebih berisiko, lebih-lebih lagi anda perlu menguruskan inventori, pembungkusan dan penghantaran.

Kumoten membolehkan anda untuk memulakan dan menguruskan perniagaan online anda tanpa perlu bimbang untuk menjaga stok dan menguruskan penghantaran produk. Didalam Kumoten, anda boleh memilih apa saja untuk dijual daripada katalog dalam talian kami.

Anda boleh memilih untuk menjual di media sosial, laman web anda sendiri atau mana-mana laman web e-dagang yang anda ada. Setelah pembeli anda membuat pembelian, anda hanya perlu memaklumkan kepada kami nama item, kuantiti dan di mana untuk dihantar. Lebih-lebih lagi, tidak ada kuantiti pesanan minimum dari kami. Kami akan membuat penghantaran walaupun ianya hanya satu item.

Kami telah bekerjasama dengan beberapa pembekal yang terbaik di seluruh dunia dalam usaha untuk mewujudkan talian produk yang menarik serta beribu-ribu produk yang terdiri daripada fesyen, kosmetik, aksesori kereta, mainan dan lebih lagi yang ditawarkan kepada anda secara langsung di Kumoten.

Bahagian yang terbaik ialah Kumoten tidak mengambil apa-apa komisen daripada jualan anda. Terpulanglah kepada anda untuk meletakkan harga jualan anda dan margin keuntungan anda. Anda hanya membeli dari kami pada harga pengedar.

Apa itu dropshipping?

Dropshipping adalah memenuhi model jualan. Dalam model ini, Anda tidak perlu menyimpan stok,tidak perlu bimbang untuk menjaga stok dan menguruskan penghantaran produk kerana anda boleh mendapatkan produk terus dari Kumoten. Dengan ini, anda boleh memberi tumpuan kepada menjual dan memasarkan produk. Anda juga turut hanya membayar Kumoten pada harga borong jika ada yang membeli daripada anda. Kumoten akan menghantar barangan tersebut kepada pembeli anda. Model ini membolehkan anda untuk menjalankan perniagaan runcit dalam talian dengan mudah dan tanpa risiko.

Apakah faedah menggunakan perkhidmatan Kumoten ini?

- Jual produk yang mempunyai permintaan yang tinggi tanpa perlu menyimpan atau membuat penghantaran produk.

- Tidak perlu bimbang tentang item yang tidak dapat dijual dan inventori yang menimbun. Anda hanya perlu membayar untuk apa yang anda jual sahaja.

- Akses produk berjenama paling hangat dari katalog inventori besar kami untuk menjual di "online platform" anda.

- Bebas dari risiko perniagaan dalam talian dan pengurusan.

- Dapat memberi tumpuan untuk membuat jualan.

Berapakah kos untuk mengunakan perkhidmatan Kumoten?

- Yuran pendaftaran Dropship adalah PERCUMA.

- Tiada caj admin dikenakan untuk deposit kredit.

- Kumoten tidak mengambil apa-apa komisen atas jualan anda. Anda yang tentukan margin keuntungan anda sendiri.

- Bebas dari risiko perniagaan dalam talian dan pengurusan.

- Anda hanya bayar untuk apa yang pelanggan anda beli.

- Anda bayar dengan harga borong walaupun anda membuat pesanan untuk 1 item.

Bagaimana dan Bolehkah saya mengeksport maklumat produk dan imej?

Kumoten menyediakan anda semua harga produk, kos penghantaran, penerangan produk, imej, spesifikasi dan ciri-ciri produk, anda bebas untuk menggunakan dan membentangkan maklumat produk didalam laman web anda. Selepas melayari katalog produk dan memilih produk yang anda inginkan, anda boleh copy dan paste item ke laman web anda.Kumoten berintegrasi dengan 11street.my.

"Tracking Orders" saya?

Anda akan menerima "tracking code" dari syarikat penghantaran untuk mengesan penghantaran.

Anda juga boleh log masuk ke laman anda untuk melihat sejarah pembelian dan prestasi.

Adakah saya perlu membeli produk sebelum saya menjual produk tersebut?

TIDAK. Anda tidak perlu bimbang tentang penyimpanan produk, pengurusan inventori, pembungkusan & penghantaran produk. Semua ini dijaga rapi untuk anda supaya anda boleh memberi tumpuan untuk menjual produk.

Adakah terdapat had jumlah produk yang saya boleh memilih dari kumoten?

Tiada had dikenakan untuk anda memuat turun produk dari katalog ke stor anda

Adakah anda memberi jaminan bahawa semua produk sentiasa mempunyai stok?

Kami memantau, melaras, mengemas kini stok produk dan unit kami pada setiap minggu, kami juga menyelaraskan tahap stok untuk memastikan produk sentiasa ada untuk anda. Walau bagaimanapun perubahan mendadak akan berlaku sekali sekala, jika perkara ini berlaku kami akan menghubungi penjual mengenai perubahan stok produk atau alternatif lain.

Perlukah saya mengikut Harga Jualan Runcit (RSP) yang dinyatakan dalam laman produk?

Di dalam laman web anda, anda bebas untuk menjual produk kami pada harga yang anda fikir terbaik buat anda. Kami menyatakan RSP yang disyorkan supaya anda mendapat anggaran harga jualan produk tersebut di pasaran luar.

Di mana saya boleh menjual?

Anda boleh menjual dimana-mana "online platform", contohnya seperti berikut :

Platform   Contoh
Laman E-dagang    11street, Lelong.com, Mudah.my, Ebay, Amazon, Lazada, Rakuten lain-lain
Media Sosial    Facebook, Instagram, Google Plus, Blog lain-lain etc
"Web store"     Laman web anda sendiri yang mempunyai "online shopping cart"
Adakah saya perlu menandatangani apa-apa perjanjian?

Anda boleh melihat Terma & Syarat bersama-sama dengan Perjanjian Pengguna semasa proses mendaftar.

Bolehkah saya menentukan harga jualan produk?

Terdapat RSP (Harga Jualan Yang Disyorkan) dinyatakan pada setiap item. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih harga jualan anda, pastikan harga anda tidak terlalu tinggi daripada harga pasaran untuk kekal berdaya saing!

Apabila & Bagaimana saya perlu membuat pembayaran untuk sesuatu produk yang saya ingin jual?

Semua bayaran untuk setiap pembelian akan ditolak dari akaun anda. Anda perlu memastikan terdapat baki yang mencukupi di dalam akaun anda sebelum membuat sebarang pembelian dan pesanan penghantaran.

Bagaimanakah saya tahu jika saya mempunyai kredit yang mencukupi didalam akaun saya?

Maklumat Baki akaun anda boleh didapati di halaman pedagang. Pergi ke log masuk. Maklumat akaun dipaparkan pada papan pemuka.

Apa yang perlu saya lakukan apabila saya mendapat pesanan?

Log masuk ke laman anda. Kemudian Pergi ke katalog produk dan pilih item yang anda ingin hantar. Setelah anda menyemak, sila isikan butir-butir penghantaran dengan tepat. Dan itu sahaja! Kumoten akan uruskan yang lain.

Bolehkah saya menjejaki Pesanan?

Setiap penghantaran datang dengan "tracking code" dari syarikat penghantaran. Anda boleh menjejaki status penghantaran dengan menggunakan sistem pengesanan yang disediakan oleh syarikat penghantaran.

Berapa lama masa yang diambil untuk proses penghantaran?

Jika pembelian itu dibuat sebelum 12 tengah hari pada hari bekerja, kami akan menghantar item tersebut pada hari yang sama dan item tersebut sepatutnya sampai pada pembeli pada hari berikutnya (Semenanjung Malaysia) dan penghantaran ke Sabah dan Sarawak pula mengambil masa dalam tempoh 48jam.

Produk yang dihantar daripada gudang antarabangsa akan diproces dalam jangka masa 24 - 48 jam. Dalam situasi yang normal, item akan tiba di Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, USA, UK dalam 7 - 9 hari. Jadual penghantaran dan cara penghantaran akan terpapar di tab INFORMASI penghantaran di setiap muka surat produk. Kod tracking dan laman sesawang tracking akan diberi dan di aktifkan dalam masa 24 - 48 jam selepas masa order.

Polisi pembatalan

Anda boleh membatalkan pesanan dengan syarat permohonan pembatalan itu diserahkan sebelum pesanan itu dihantar pada jam 3 petang pada hari yang sama. Permintaan pembatalan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada: support@kumoten.com. caj pengurusan sebanyak RM10 atau 5% daripada nilai item, yang mana lebih tinggi akan diguna pakai untuk setiap permintaan pembatalan.


Bagaimana pula dengan GST?

Semua harga kami adalah termasuk GST.


Apakah polisi pulangan anda?

Pulangan Produk

Pembeli atau peniaga berhak untuk memulangkan Produk dalam tempoh 7 hari dari tarikh penghantaran, tetapi tidak terhad pada keadaan seperti berikut :

a) Kecacatan pengilang

b) Item yang salah dihantar


Dengan syarat bahawa pembeli hendaklah (a) "dropshipper" memberitahu perkhidmatan pelanggan Kumoten dan (b) menghantar Produk kembali ke Kumoten, pastikan semua didalam bungkusan asal dan tidak membahayakan. Dalam kes itu, dropshipper boleh membuat pilihan sama ada mendapatkan bayaran balik atau membuat penggantian produk.

Membayar balik atau membuat penggantian tidak akan diguna pakai untuk situasi seperti berikut :

a) Item yang tidak sempurna.

b) Pembungkusan asal hilang

c) Mana-mana item yang telah dipakai atau diubah

d) barangan yang telah dipakai (untuk kosmetik dan barang-barang peribadi lain)


Kos penghantaran untuk pemulangan item hendaklah ditanggung oleh pembeli. Jika pembeli meminta untuk membuat penggantian produk, kumoten akan menanggung kos penghantaran item tersebut.


Adakah bungkusan mempunyai Jenama / logo Kumoten?

Pembungkusan tidak akan ada jenama / logo Kumoten. Bungkusan tersebut hanya mengandungi maklumat utama yang diperlukan untuk penghantaran seperti butiran pelanggan, alamat penghantaran, dan lain-lain. Sesetengah Jenama akan tiba dengan bungkusan jenama / logo "original" mereka.


Bolehkah saya meletakkan logo / jenama saya sendiri pada bungkusan?

Setakat ini kami tidak menyediakan logo persendirian atau label putih pada bungkusan.