Bagaimana Membuat Kategori Di Akaun Lelong 


Tahniah!

Anda berjaya menghubungi akaun Lelong anda dengan akaun Kumoten anda menggunakan kunci API! Sekarang anda  perlu membuat kategori sendiri di Lelong untuk sync dari Kumoten Mystore ke Akaun Lelong anda untuk membolehkan anda mengunakan ciri ini.


Berikut adalah langkah-langkah bagaimana untuk membuat kategori Lelong anda.


Langkah 1: Log masuk ke Akaun Lelong anda dan Klik 'Item Category' pada seksyen 'E. My Store'



Langkah 2: Klik 'Create Master Category'



Langkah 3: Taip nama Kategori yang anda ingin di ruangan 'Category Name' dan klik 'Post Category'.



Langkah 4: Ini akan muncul setelah kategori berjaya ditambah, kemudian anda boleh klik butang 'Click Here' pada kotak berwarna merah.



Langkah 5: 'Anak Panah Berwarna Merah' menunjukkan bahawa anda telah berjaya memasukkan induk kategori baru. Seterusnya anda perlu membuat sub kategori. Klik 'Add Sub Category' untuk tambah sub kategori. Jika anda tidak memerlukan sub kategori anda boleh terus langkau ke 'Langkah 9'.




Langkah 6: Masukkan sub-kategori anda. Contohnya, 'Watches'.  sub kategori yang kami ingin letak adalah 'Smart Watches' atau 'Sport Watches'. Klik "Post Category' apabila selesai.




Langkah 7: Jika anda telah berjaya memasukkan sub kategori, ini akan muncul. Klik butang 'Click Here' pada kotak berwarna merah.



Langkah 8: Anda akan terus dibawa kesini. Berikut adalah sub kategori baru di bawah kategori induk baru.



Langkah 9: Tanda kategori anda dan klik 'Publish My Categories Online' 



Langkah 10: Anda telah Selesai! Lelong mengambil masa  2 - 24 jam untuk meluluskan kategori tersebut. Setelah diluluskan, ia akan muncul di 'store' anda. Sistem Kumoten Lelong anda juga turut akan dikemaskini dan anda boleh mula memuatnaik item kedalam 'Mystore' anda.


⇦  Pusat Bantuan & Panduan