Bagaimanakah Cara Membuat Deposit Ke Akaun Kumoten Anda?
Tahniah diatas jualan pertama anda! Sekarang anda baru sahaja membuat jualan pertama di platform jualan anda dan kini anda cuba untuk memproses pesanan anda supaya pelanggan anda boleh mendapat item mereka
Baik,
Langkah 1 :
Jadi sekarang anda perlu log masuk ke Akaun Kumoten anda
Klik pada "user profile" pada bahagian kanan atas pada Papan Pemuka anda dan memilih "Top Up Kredit"
Pilih "payment method" dan*** "deposit amount" dan klik butang 'Pay Now' di sebelah kanan bahagian bawah
*** Cara Pembayaran: Gunakan sistem perbankan pembayaran dalam talian. Jika Nama Bank anda tidak muncul didalam senarai, pilih kaedah pembayaran FPX, anda boleh memilih bank tambahan yang tidak tersenarai.
**Jumlah Deposit : Sila ambil perhatian bahawa jumlah minimum deposit adalah RM100.00. Dan jumlah maksimumnya pula adalah RM500.00.
Langkah 4 :
Anda akan dibawa ke halaman iPay88.com. Klik butang "Proceed" untuk meneruskan pembayaran. Sila pastikan pop-up diaktifkan.
Langkah 5 :
Contoh mengunakan Maybank. Akan ada "pop up browser" yang akan terpapar. Log masuk ke akaun bank anda. Sila pastikan "pop-up" adalah aktif.
Langkah 6 :
Selepas log masuk, anda akan lihat senarai jualan. Pastikan bahawa segalanya adalah betul sebelum meneruskan. Setelah memastikan segalanya adalah betul, sila klik butang 'Teruskan'
Langkah 7 :
Klik Butang "Request TAC"
Langkah 8 :
Anda akan terima SMS ke nombor telefon bimbit yang telah anda daftar dan ia akan kelihatan seperti ini.
Langkah 9 :
Masukkan Nombor TAC dan Klik "Confirm"
Langkah 10 :
Selesai! deposit itu akan dipaparkan di sebelah atas kanan skrin anda.
Langkah 11 :
Akhirnya anda boleh membeli item di laman web Kumoten kami! Pastikan semua butiran adalah betul sebelum membuat pesanan.