Kini anda boleh mengubahsuai paparan produk Lazada anda! Hiasi imej utama anda dengan label promosi dan tambah tajuk yang menarik di depan nama produk anda dan berpotensi mendapat lebih banyak tarikan pelanggan.
Mengapa Anda Perlukan
- Cipta jenama anda sendiri - Mendapat lebih banyak perhatian - Meningkatkan jualan anda
Cara Mengaplikasikan Lazada Product Decoration
Langkah 1 (a). Tekan 'Sync To Marketplace', diikuti dengan 'Lazada Product Deco'.
Langkah 1 (b). Anda boleh muat naik bingkai gambar anda sendiri. Saiz bingkai ialah 500 X 500 px dalam format PNG. Jika anda tidak tahu cara untuk mencipta bingkai, anda hanya perlu tekan 'Frame Editor' .
Langkah 1 (c). Pilih 'Frame Border Thickness' atau ketebalan bingkai dan 'Frame Colour' atau warna bingkai yang anda inginkan.
Langkah 1 (d). Pilih ikon yang anda inginkan atau muat naik ikon anda sendiri. Ikon tersebut hendaklah bersaiz 200 X 200 px dalam format PNG.
Langkah 1 (e). Pilih kedudukan ikon tersebut, jenis font, 'Shout Out', saiz dan warna.
Langkah 1 (f). Pilih latar belakang teks dan kedudukan teks. Selepas itu, tekan 'Save & Back'.
Langkah 2. Masukkan teks yang anda ingin tekankan. Sebagai contoh: Hot Deal, Best Buy, Popular Product.
langkah 3: Anda boleh ubah suai harga jualan di Lazada anda.
Slide pada butang 'Increase' atau 'Decrease' dan ubah harga
Langkah 4: Tekan 'Save'
Ini adalah perbandingan 'Sebelum' dan 'Selepas' menggunakan Lazada Product Decoration. Mana yang lebih menarik perhatian anda?
Ubah suai dan hiasi paparan produk anda di Lazada dan jadi lebih menonjol dari yang lain sekarang!