Gambaran Keseluruhan

  Laman Utama / Gambaran Keseluruhan

Apa Itu Dropship?


                          



Perkhidmatan Kumoten Dropship memudahkan dan mempercepatkan proses jualan dalam talian anda. Sebaik sahaja anda telah mendaftar sebagai dropshipper (juga dikenali sebagai peruncit atau penjual semula), anda mempunyai akses kepada beribu-ribu produk untuk dijual di online stor anda sendiri.  Anda juga turut boleh menjual dimana-mana pasaran dalam talian seperti 11street.my, lelong.my, ebay, amazon dan juga media sosial seperti Facebook dan Instagram.


Anda boleh menyalin butiran produk termasuk harga kos, harga jualan yang disyorkan, gambar dan anda boleh  menjual di laman web e-dagang anda sendiri, blog, media sosial atau dimana-mana laman e-dagang dengan serta merta. Bahagian yang terbaik ialah anda tidak perlu membeli produk atau menyimpan stok sebelum pelanggan anda membuat pembelian daripada anda.


Apabila seseorang membuat pembelian di laman web anda, anda hanya perlu log masuk akaun Kumoten anda dan memberitahu kami butiran yang dibeli oleh pelanggan anda, kuantiti kepada siapa dan di mana hendak diserahkan. Anda boleh melakukan  mengikut keselesaan anda dan semuanya hanya dalam talian.


Pasukan Logistik kami akan mengambil item daripada inventori dan akan membungkus item tersebut untuk diserahkan kepada penghantaran yang paling awal. Jika pesanan itu dibuat  sebelum  jam 12 tengah hari, pelanggan anda boleh menjangka  untuk menerima item tersebut pada hari berikutnya.


Kumoten tidak mengambil apa-apa komisen dari jualan anda. Harga kos yang disenaraikan dalam setiap item adalah harga tetap yang hanya perlu anda bayar dan harga tersebut sudah termasuk GST. Anda digalakkan untuk "mark up" dan menjual pada harga jualan yang disyorkan pada produk deskripsi kami. Harga kami adalah tetap, dan jika ada sebarang perubahan, kami akan memberitahu anda sekurang-kurangnya sebulan lebih awal.