Mengenai Kami

Dalam membeli-belah secara dalam talian dan e-dagang yang semakin pesat, Kumoten adalah kunci  utama pemborong dropship bagi sesiapa yang ingin menjual kepada pengguna melalui pasaran dalam talian, media sosial atau laman web sendiri. Kami adalah dropship terbesar di Malaysia yang menawarkan beribu-ribu item untuk semua ejen dropship di Malaysia dan Asia Tenggara.


Kami membantu orang ramai ( "agen dropship") daripada semua lapisan masyarakat untuk mula menjual secara dalam talian dengan serta merta secara percuma. Melalui Kumoten, anda boleh mula membuat duit secara dalam talian tanpa membeli stok untuk dijual dan bimbang sama ada anda boleh menghabiskan stok tersebut. Pendaftaran sebagai agen dropship adalah percuma. Tiada yuran pentadbiran yang akan dikenakan.


Rangkaian Dropship produk kami termasuk : fesyen, pakaian, tudung, hijab, mainan kanak-kanak, barangan elektrik, barangan rumah, produk kecantikan dan banyak lagi. Pada 2018, kami membawa sehingga 100,000+ produk dan masih berkembang.


Dengan menjadi Kumoten dropshipper atau ejen dropship, anda boleh mendapat pendapatan tambahan tanpa meninggalkan kerja harian anda. Walaupun anda pergi ke tempat kerja, pasukan kami akan membuat pembungkusan dan menghantar barangan tersebut terus ke pelanggan anda.



Kumoten menyokong perniagaan anda dan mahu anda untuk membina jenama anda sendiri. Pelanggan anda tidak akan tahu bahawa kumoten yang menyediakan item tersebut. Dengan melakukan perkara yang betul, kami mahu pelanggan anda mengetahui bahawa anda telah melakukan kerja yang sangat baik serta memenuhi jangkaan mereka dari segi kualiti produk, pembungkusan dan penghantaran yang cepat setiap kali mereka membeli dari kedai online anda. 


Automasi adalah kunci didalam sistem kami. Kami mengurangkan campur tangan manusia sebanyak mungkin dan membiarkan sistem memudahkan aliran kerja. Dengan reka bentuk sistem yang betul, kami dapat mengurangkan kesilapan serta memastikan tahap yang baik untuk perkhidmatan pelanggan kami kepada klien dan pengguna akhir.


Kumoten adalah satu jenama yang dimiliki oleh OGN Online Sdn Bhd. Tujuan utama kami adalah untuk membuat jualan dalam talian yang mudah dengan menyediakan perkhidmatan kepuasan kepada dropshippers.