Menjadi Kumoten Dropshipper

  Laman Utama / Menjadi Kumoten Dropshipper

Menjadi Kumoten's Dropshipper


Siapakah yang merupakan Kumoten Dropshipper?

Kumoten Dropshipper atau Penjual semula merupakan seseorang atau syarikat yang memilih item dari katalog Kumoten dan menjual barangan tersebut secara dalam talian. Dropshippers TIDAK PERLU untuk membeli produk  terlebih dahulu sebagai stok. Sebaliknya, dropshippers hanya perlu "copy" dan "paste" gambar-gambar produk dan deskripsi produk di stor dalam talian mereka dan mula mempromosikannya.



Dimanakah Kumoten Dropshippers boleh menjual?

Terdapat banyak cara Kumoten Dropshippers boleh mempromosikan produk yang diperoleh daripada Kumoten Katalog. Berikut adalah beberapa saluran yang lazim digunakan :

  1. Media sosial
  2. E-dagang atau laman membeli-belah dalam talian
  3. Blog anda sendiri
  4. Web stor anda sendiri



    Apa yang Dropshipper perlu lakukan?

    Selepas anda membuat keputusan item mana yang ingin anda jual dari Kumoten katalog dan anda sudah memuat naik gambar dan deskripsi produk tersebut di online stor anda, anda sudah boleh membuat jualan dan dapatkan orang ramai untuk membeli daripada anda. Apabila terdapat pembelian, anda hanya log masuk akaun Kumoten anda dan beritahu kami item yang mana dan dimana untuk dihantar. Kami akan membuat pembungkusan dan hantarkan terus ke pelanggan anda pada hari yang sama. Pelanggan anda boleh menjangkakan item tersebut akan tiba pada mereka dalam tempoh 48 jam.

     

    Terma dan Syarat

    Dropshipper menerima perkara seperti berikut:

      1   .Lengkapkan pendaftaran  dengan segala butiran yang tepat dan lengkap..

      2. OGN Online Sdn Bhd (Kumoten) mempunyai hak untuk mengkaji semula dan mengubah struktur yuran langganan.

      3. Peruncit boleh mendepositkan kredit  lebih daripada RM100 atau menambah jumlah kredit selepas membuat pendaftaran dan sebelum membuat pembelian.

      4. Akan ada 5% caj pengurusan dikenakan bagi setiap deposit kredit

      5. Semua penghantaran produk kepada pelanggan Dropshipper hendaklah diatur berdasarkan potongan daripada kos produk dan kos penghantaran dari akaun Dropshipper. Dropshipper perlu memastikan terdapat baki kredit yang mencukupi dalam akaun untuk melaksanakan urus niaga.

      6. Dropshipper boleh menambah kredit di dalam akaun pada papan pemuka Dropshipper (Membuat Deposit).

      7. Dropshipper perlu memastikan alamat penghantaran adalah betul sebelum menyerahkan pesanan itu. Apa-apa kos akan ditanggung sendiri oleh dropshipper apabila ada berlaku kesalahan penghantaran pada alamat yang salah.

      8. Pembekal perkihdmatan penghantaran kami adalah Pos Laju Malaysia. Kumoten boleh mengkaji semula dan boleh menambah atau menukar pembekal perkhidmatan penghantaran dan / atau cara penghantaran dari masa ke semasa. Peruncit perlu bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada Kumoten jika ada sebarang kerugian yang ditanggung akibat kegagalan penghantaran, hilang-dalam-transit, akibat daripada kecuaian atau kesilapan perkhidmatan penghantaran.

      9. Dropshipper perlu maklum bahawa OGN Online Sdn Bhd adalah pemilik sah tanda dagangan Kumoten, dan logo jenama Kumoten.com. kelulusan bertulis daripada OGN Online Sdn Bhd diperlukan untuk penggunaan jenama logo.

      10. Semua penerangan produk dan pengeluar atau maklumat jaminan pembekal adalah tepat pada masa penerbitannya. OGN Online Sdn Bhd berhak untuk meminda dari masa ke semasa. Segala pindaan boleh menjadi OGN Online Sdn Bhd dan mengikut budi bicara pembekal atau pengeluar yang berkenaan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada Dropshippers melalui e-mel yang dinyatakan dalam profil setiap Dropshippers.

      11. Dropshipper tidak boleh membuat tuntutan yang keterlaluan, janji yang keterlaluan, atau memberi gambaran yang salah tentang  kualiti produk, prestasi, jaminan, jenis bahan, masa penghantaran dan lain-lain

      12. OGN Online Sdn Bhd berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun Dropshipper sekiranya berlaku penipuan, atau apa-apa salah laku lain yang boleh menjejaskan nama jenama dan reputasi Kumoten, OGN Online Sdn Bhd dan / atau pembekal atau produk yang berkaitan. Apa-apa amaun baki dalam akaun Dropshipper akan dibayar balik dengan sewajarnya dan tertakluk kepada caj pentadbiran dan kos lain.

      13. Dropshipper boleh menamatkan langganan dan berhenti daripada menggunakan perkhidmatan Kumoten.

      14. Selepas penamatan oleh salah satu pihak, baki kredit akan dibayar balik kepada Dropshipper dalam tempoh 14hari selepas Dropshipper mengemukakan borang pengeluaran kredit. RM10 atau 5% daripada baki kredit (yang mana lebih tinggi) yuran pemprosesan akan dikenakan dan akan ditolak daripada baki kredit sebelum pengiriman wang.

      15. Pesanan Produk dari Dropshipper yang dikemukakan sebelum 12 tengahari akan dibungkus dan sedia untuk dihantar pada hari yang sama. Dalam keadaan seperti ini, jika destinasi penghantan terletak di bandar-bandar utama Malaysia, bungkusan itu dijangka tiba dalam masa 48 jam. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat keadaan yang tidak dapat diduga yang boleh melambatkan proses penghantaran produk.



        Sertai KAMI SEKARANG! DAN MULA MENJUAL DENGAN SEGERA.

        Daftar Sekarang!